Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...segala puji bagi Allah...tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi, selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad SAW.
Alhamdulillah, alexmed furniture telah hampir sebulan memulakan perniagaan menjual rak buku, khas untuk pelajar- pelajar jurusan perubatan iskandariah . Alhamdulillah....kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pelanggan yang telah menempah rak-rak buku keluaran kami. Tanpa anda pembeli, siapalah kami.
Sukacita ingin kami maklumkan, setakat hari ini (20 oktober 2010) kami telah menerima 40 tempahan , 24 telah kami sempurnakan penghantarannya, 12 lagi akan dihantar jumaat ini, dan selebihnya minggu depan... insyaallah....
Kami mengalami sedikit kesukaran dalam proses penghantaran dari kilang terus ke rumah pelanggan kerana ada antara pelajar yang tinggal di lokasi yang kami tidak berapa kenali. Maka , disebabkan itu , untuk memudahkan urusan kami, kami akan mula menggunakan sistem GPS dalam proses penghantaran produk kami. Kami mengharapkan agar para pelanggan dapat mengikuti panduan ringkas ini...moga-moga kami tidak lagi sesat dan pemandu lori kami tidaklah meminta bayaran lebih pula =)...anda pun tahu perangai masyarakat disini bagaimana kan? tak perlulah saya ulas lebih lanjut.
CARA-CARANYA:
1)Masuk ke web browser anda dan layari laman web
http://maps.google.ca/
2) Taipkan ''Alexandria, Egypt'' dalam kotak 'search',atau masukkan sahaja koordinat
'' 31.209228,29.909974 '' (lokasi perpustakaan iskandariah)
3)Setelah itu, boleh lah anda 'zoom' atau 'explore' map itu sesuka hati anda....dan jangan lupa untuk mencari
lokasi rumah anda. Apabila anda telah menemui lokasi bangunan rumah anda, dengan menggunakan pointer
tetikus anda, klik kanan pada lokasi rumah anda atau jalan yang paling hampir dengan rumah anda dan pilih
'What's here?'.( Contoh dalam gambar dibawah , lokasi rumah sebelah maternity and pediatric hospital
syatby)
4)Koordinat rumah anda akan terpampang di dalam kotak search.
5) Copy koordinat itu...dan serahkannya pada kami....harap2 kami tak sesat lagi =)
Akhir sekali kami sertakan dua keping gambar daripada pelanggan-pelanggan yang telah menempah rak buku kami .
Pelanggan 1, ''alhamdulillah..dah ada rak buku ni semangat sikit nak tengok2 koleksi buku selama 4 tahun ni''
Pelanggan 2, ''sangat berpuas hati. and i painted it red. ;)
BUKU BERSEPAH?
TAK ADA RAK BUKU?